Sila log masuk terlebih dahulu.

Biden salur bantuan keselamatan makanan global AS$4.5 bilion

Biden
Biden
A
A
A

ANKARA - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan pemimpin G7 akan mengumumkan bantuan bagi menangani krisis dasar keselamatan makanan global berjumlah lebih AS$4.5 bilion, lapor Agensi Anadolu.

Biden dijangka mengumumkan pembiayaan tambahan bernilai AS$2.76 bilion bagi membantu melindungi golongan paling rentan di dunia dan mengurangkan impak daripada krisis Rusia-Ukraine, di tengah-tengah ketidakstabilan dasar keselamatan makanan dan kekurangan zat yang semakin meningkat, menurut kenyataan Rumah Putih pada Selasa.

Sebanyak AS$2 bilion akan disalurkan untuk bantuan kecemasan, manakala AS$760 juta digunakan bagi bantuan makanan jangka pendek bagi mengurangkan kadar kemiskinan, kebuluran dan kekurangan zat di negara-negara yang terjejas akibat harga makanan, baja dan bahan api yang tinggi.

Pelaburan itu bertujuan menyokong usaha lebih 47 negara dan organisasi serantau menangani kekurangan baja dan pembelian biji benih.

Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID) memperuntukkan AS$640 juta bagi menyokong program pertanian dan keselamatan makanan demi mengukuhkan kapasiti dan daya tahan sektor pertanian di lebih 40 negara -- 24 di Afrika, 10 di Asia dan masing-masing enam di Amerika Latin dan Asia Barat.

AS telah menyediakan AS$2.8 bilion bagi bantuan bekalan makanan kecemasan di negara-negara yang terjejas akibat krisis makanan yang dilanda perang, menurut Rumah Putih. - Bernama

Artikel Berkaitan: