Selangor peruntuk RM2.04 juta bantu sekolah di Hulu Langat

Info grafik sumbangan yang diperuntukan kerajaan Selangor di 77 sekolah di daerah Hulu Langat.
Info grafik sumbangan yang diperuntukan kerajaan Selangor di 77 sekolah di daerah Hulu Langat.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.04 juta kepada 77 sekolah di daerah Hulu Langat bagi membantu melancarkan semua perancangan untuk pendidikan pada masa depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri sentiasa berikhtiar untuk membantu sekolah agar proses pendidikan dapat berjalan lancar.

"Selangor memberikan perhatian serius terhadap institusi pendidikan kerana percaya nasib generasi masa hadapan bermula daripada lapangan ini," katanya dalam kenyataan di Facebook beliau, pada Rabu.

Amirudin berkata, permohonan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diteliti sebaiknya supaya impak dan nilai pendidikan dapat tercapai.

"Semoga ikhtiar ini membawa manfaat kepada pelajar, ibu bapa serta pendidik," kata beliau.