Dicekup khayal di pulau

A
A
A

BESUT - Tiga lelaki dicekup Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ketika sedang khayal dipercayai dibawah pengaruh dadah di sebuah pulau peranginan popular di negeri ini, awal pagi tadi.

Menurut sumber, mereka ditahan ketika pemeriksaan dilakukan kira-kira jam 3 pagi selepas pasukan Special Tactical Response & Investigation Key Enforcers (STRIKE) mengesan sekumpulan lelaki dan wanita dalam keadaan mencurigakan di tepi pantai berkeaan.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, tiga lelaki yang berusia antara 29 hingga 30 tahun itu positif dadah disyaki ganja dan ketamin.

"Pelbagai jenis dadah antaranya ganja, ketamin dan eramin 5 turut dirampas," katanya.

Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Terengganu, Wan Jalani Wan Ismail ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemuliharaan 1983 (Pindaan 1998) dan ketiga-tiga lelaki itu kemduian dibebaskan dengan jaminan polis.

Artikel Berkaitan: