Silva mahu Neymar ke Stamford Bridge

Neymar
Neymar
A
A
A

TONGGAK pertahanan Chelsea, Thiago Silva, menggesa pemain sayap Paris Saint Germain (PSG), Neymar untuk bersama menyertainya di Stamford Bridge.

Silva yang juga merupakan bekas rakan sepasukan Neymar, mahu pemain itu kembali bersamanya ketika PSG tampak mahu menjual penyerang itu.

“Dia perlu ke Chelsea. Jika ia berlaku, ia akan menjadi yang terbaik.

“Dia tidak perlu komen. Selain itu dia kawan yang sangat baik. Setakat ini saya tidak tahu apa-apa, saya harap ia akan membuahkan hasil,” katanya

Sebelum ini beberapa laporan media memberitahu, penyerang PSG, Kylian Mbappe mahu kelab yang diwakilinya itu menjual bintang Brazil tersebut pada musim panas.

Penyerang Perancis itu berasa Neymar sangat tidak berdisiplin dalam sistem taktikal mereka selain bimbang dengan rutin pemulihan pemain itu.

Susulan itu, difahamkan ketika ini pemilik PSG dari Qatar mumgkin akan menerima arahan Mbappe itu walaupun mereka menjadikan Neymar pemain termahal dunia ketika dibeli dari Barcelona pada 2017 dengan harga €222 juta (RM1 bilion).