Sila log masuk terlebih dahulu.

Covid-19: 2,025 kes baharu, empat kematian direkod

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 2,025 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia 4,560,583 kes.

Berdasarkan portal CovidNow juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan, empat kes kematian dilaporkan pada Selasa dan satu kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) direkodkan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,758 orang daripada lebih 4.5 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Selain itu, sejumlah 27,747 kes aktif Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 26,541 atau 95.7 peratus individu dikuarantin di rumah, manakala 14 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,155 dimasukkan ke hospital.

Data itu juga menunjukkan, 37 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 19 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sejumlah 2,367 kes sembuh turut direkodkan pada Selasa, dengan kes kumulatif sembuh 4,497,078 kes.

Artikel Berkaitan: