Selesai segera isu kupon makanan percuma: MCA

Siow Koi Voon.Foto ADAM AMIR HAMZAH
Siow Koi Voon.Foto ADAM AMIR HAMZAH
A
A
A

SEREMBAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa menyelesaikan segera isu pemberian kupon percuma kepada pelajar sekolah oleh Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo.

Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Siow Koi Voon berkata, SPR perlu memberi jawapan sama ada tindakan itu melanggar peraturan pilihan raya atau tidak.

"Ini adalah bantuan tidak langsung tapi kami mahu SPR siasat kerana sekiranya bantuan itu diberikan, maka ibu bapa akan rasa gembira.

Tindakan itu sama ada termasuk kepada undang-undang atau tidak, kami mohon SPR berikan jawapan mengenai isu ini," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan MCA, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Michael memberi sumbangan peribadi berbentuk kupon program makanan percuma kepada 300 murid kurang berkemampuan dari lima buah sekolah di sekitar Rantau.

Calon PH bagi PRK DUN Rantau, Dr S Streram turut menghadiri dan mengagihkan kupon makanan percuma tersebut.

Susulan itu, Timbalan Pengerusi SPR, Prof Madya Dr Azmi Sharom berkata, sebarang penjamuan makanan dan minuman (treating) sebelum, semasa dan selepas pilihan raya adalah salah di bawah Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Bagaimanapun, katanya, tiada definisi dalam undang-undang ini mengenai 'sebelum, semasa dan selepas'.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Rembau, Yong Chien Huang berkata, Biro Undang-undang MCA Negeri Sembilan dalam proses untuk membuat laporan kepada SPR memandangkan mereka ada kuasa untuk siasat.