Biodiversiti Sungai Kinabatangan

No Image Caption
A
A
A
Sungai Kinabatangan yang merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia mengekalkan salah satu ekosistem terkaya di dunia.

Ia juga diiktiraf sebagai tapak RAMSAR pertama dan terbesar di Sabah. Landskap Kinabatangan dicalonkan sebagai tapak Rizab Biosfera yang kedua di Sabah di bawah Program Man and Biosphere Reserve (MAB), cadangan penamaan ini merupakan pengiktirafan terhadap sumber semula jadi dengan pelbagai fungsi ekologi yang penting dan landskap Kinabatangan yang sangai unik dan kaya dengan biodiversiti dan peluang untuk menjadi sebahagian daripada program Man and the Biosphere yang merupakan platform unik untuk kerjasama antarabangsa.

Selain itu, Kinabatangan juga merupakan satu tapak yang sesuai di mana komuniti dan hidupan liar hidup secara harmoni. Pelbagai aktiviti pemuliharaan hidupan liar dan penyelidikan biodiversiti dilaksanakan oleh jabatan dan agensi kerajaan, institusi penyelidikan dalam dan luar negara serta badan-badan bukan kerajaan di kawasan tersebut. - Foto Bernama

Artikel Disyorkan