Lelaki maut, motosikal terbabas dalam longkang

Seorang penunggang maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas dalam kejadian di susur keluar Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) menghala Mantin, pada Selasa. - Foto PDRM
Seorang penunggang maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas dalam kejadian di susur keluar Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) menghala Mantin, pada Selasa. - Foto PDRM
A
A
A

NILAI - Seorang penunggang maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas dalam kejadian di susur keluar Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) menghala Mantin, pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis daerah Nilai, Deputi Superintendan Mat Ghani Lateh berkata, kejadian lebih kurang jam 6.30 pagi itu membabitkan motosikal jenis Yamaha LC135 ditunggang lelaki berumur 36 tahun.

"Mangsa dipercayai dari arah Putrajaya menuju ke Mantin, sampai di tempat kejadian telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam longkang di kiri jalan.

"Akibat kemalangan, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Kata Mat Ghani lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Inspektor Sharveen Raj di talian 011-26176424 bagi membantu siasatan.