Sila log masuk terlebih dahulu.

54 kematian akibat lemas di Kelantan sejak 2020: Bomba

Sebanyak 54 kematian akibat lemas direkodkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sejak 2020, dengan 16 daripadanya dicatatkan tahun ini. - Gambar hiasan
Sebanyak 54 kematian akibat lemas direkodkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sejak 2020, dengan 16 daripadanya dicatatkan tahun ini. - Gambar hiasan
A
A
A

TUMPAT - Sebanyak 54 kematian akibat lemas direkodkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sejak 2020, dengan 16 daripadanya dicatatkan tahun ini.

Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin berkata, kes kematian akibat lemas yang tertinggi dicatatkan berlaku di sungai serta tali air dengan 47 kematian, diikuti tiga lemas di pantai, tiga lemas jeram serta satu lemas di pembentung.

"Dalam tempoh itu juga 15 orang berjaya diselamatkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau Kursus Penyelamatan dan Pengendalian Bot JBPM Kelantan di Pengkalan Kubor di sini, pada Selasa.

Mengulas mengenai kursus yang dijalankan, Zainal berkata 20 anggota bomba yang menjalani kursus selama empat hari bermula semalam diberi latihan untuk mengendalikan bot, termasuk pengendalian secara pemanduan berhemah, teknik bulatan, sistem rakit, teknik keretapi dan teknik menyelamat mangsa ke dalam bot dan pengendalian bot waktu malam. - Bernama

Artikel Berkaitan: