Inter mahu bawa pulang Lukaku, Dybala

Lukaku (kanan) bersama Dybala ketika beraksi dengan Inter Milan sebelum ini. - Foto Reutir
Lukaku (kanan) bersama Dybala ketika beraksi dengan Inter Milan sebelum ini. - Foto Reutir
A
A
A

GERGASI Seri A, Inter Milan berhasrat membawa pulang Romelo Lukaku dan Paulo Dybala dalam usaha memperkuatkan semula kelab itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Beppe Marotta, kehadiran semula dua pemain berkenaan diharap mampu membawa perubahan terutama memantapkan jentera serangan.

“Kami melakukan banyak kajian dan perbincangan mengenai perkara ini dan kini di peringkat membuat keputusan.

“Bagi Dybala, kami sudahpun menemui kelabnya, Juventus bagi menyatakan hasrat itu, namun setakat ini masih belum membuat apa-apa perjanjian.

“Bagi Lukaku, perbincangan masih berterusan dan diharap dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.

Untuk rekod, kedua-dua pemain berkenaan dilaporkan bersedia untuk kembali menyarung jersi Inter Milan dan hanya menunggu ‘pelepasan’ daripada kelab masing-masing ketika ini.

Sementara itu Marotta turut memberitahu, kelab berkenaan merancang membawa masuk seorang pemain pertahanan bagi menggantikan Milan Skriniar yang dilaporkan bakal menyertai gergasi Ligue-1, Paris Saint-Germain (PSG), musim depan.

Katanya, biarpun masih belum ada sebarang keputusan muktamad berhubung perkara berkenaan, namun Inter perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Mungkin kehilangan khidmat Skriniar, tetapi kami sedang berusaha mendapatkan pengganti dan diharapkan perkara ini dapat diselesaikan segera,” katanya.