Penjara AS hukum mati banduan kedua dalam tempoh dua bulan

Miller menjadi tahanan kedua di Tennessee dihukum mati menggunakan kerusi elektrik.
Miller menjadi tahanan kedua di Tennessee dihukum mati menggunakan kerusi elektrik.
A
A
A
NASHVILLE - AMERIKA SYARIKAT. Seorang tahanan menjadi banduan kedua di negeri Tennessee menjalani hukuman mati menggunakan kerusi elektrik dalam tempoh hanya dua bulan.

Hukuman itu dilaksanakan semalam, hampir dua dekad selepas Tennessee menerima pakai suntikan maut sebagai cara pelaksanaan hukuman mati.

Banduan terbabit, David Earl Miller, 61, disahkan mati pada jam 7.25 pagi (waktu tempatan) di penjara Nashville.

Miller disabit bersalah membunuh seorang wanita dan juga kekasihnya, Lee Standifer, 23, dalam kejadian di Knoxville pada 1981.

Beliau dijatuhi hukuman mati, namun terpaksa menunggu selama 36 tahun sebelum hukumannya dilaksanakan.
Artikel Berkaitan:


Difahamkan, tiada saksi dari keluarga Miller atau Standifer hadir bagi menyaksikan pelaksanaan hukuman mati tersebut. - AP