'Dengar kata pakar gempa bumi yang power'

A
A

TIMBALAN Pengarah Kanan Pusat Geotechnic Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Ir Dr Ramli Nazir berpendapat segala reka bentuk bagi pembangunan di sesuatu kawasan yang berisiko gegaran dan tsunami haruslah dilakukan mengikut apa yang telah digariskan oleh Jabatan Mineral dan Geologinas.

"Jabatan Mineral dan Geologi bertanggungjawab untuk menyusun 'seismik hazard map' dan segala pembangunan yang mahu dibuat pada masa akan datang.

"Kena laksanakan berdasarkan kepada apa yang telah dikeluarkan, bukan untuk dapat keuntungan lebih besar. Itu kena tolak tepi," katanya.

Menurutnya, maklumat yang disampaikan golongan profesional berkenaan kawasan yang berisiko juga harus diambil kira.

"Kita tidak boleh mengutamakan golongan yang menggunakan kuasa veto untuk pembangunan di kawasan itu hingga mengetepikan pendapat golongan yang lebih pakar.

"Golongan profesional memberitahu kawasan itu berisiko tinggi tetapi tak diambil endah kerana mementingkan keuntungan semata-mata," katanya.

Beliau mengakui rata-rata kawasan berisiko diklasifikasikan cantik dan sesuai untuk kawasan pelancongan.

"Kalau kita tengok kawasan di Ranau, Sabah contohnya, ia memang cantik tetapi berisiko tinggi kepada gempa bumi.

"Kalau kita kata jangan bina apa-apa atau melaksanakan pembangunan di Ranau dengan reka bentuk yang mampan kepada gempa bumi mungkin orang tak nak

sebab kos yang agak tinggi.

"Bahkan mungkin harga tanah di situ akan jatuh bila kita sebut ia kawasan berisiko tinggi," katanya.

Katanya lagi, situasi ini akan menimbulkan konflik antara profesional yang mengetahui keadaan sebenar dengan pemaju dan autorities di kawasan berkenaan.

"Sebab tu orang kata jangan pandang enteng tentang risiko. Sebab kalau berlaku sesuatu apa yang dirancang semua akan terkubur," katanya.