Sila log masuk terlebih dahulu.

'Lewandowski mahu buktikan lebih baik daripada Benzema'

Lewandowski
Lewandowski
A
A
A

HASRAT Robert Lewandowski beraksi bersama Barcelona adalah untuk membuktikan dia lebih baik daripada penyerang prolifik Real Madrid, Karim Benzema.

Malah menurut bekas ejennya Cezary Kucharski, pemain berusia 33 tahun yang mencipta sensasi bersama Borussia Dortmund pada 2010 hingga 2014 sebelum menyertai Bayern Munich mahu mencabar keupayaan diri pada peringkat seterusnya selepas mencipta impak di Bundesliga.

“Sejujurnya dia pemain yang mahu cabaran baharu seperti dibuktikan bersama Borussia sebelum menyertai Bayern yang melengkapkan statusnya di Bundesliga.

"Kini dia teruja cabaran baharu apabila mahu membuktikan bahawa dia lebih baik daripada Benzema, itu satu lagi sebab dia mahu pergi ke Barcelona. Real Madrid dan Barcelona berada pada tahap sama.

"Sesungguhnya Lewandowski tidak mempunyai impian, namun baginya bermain bola sepak adalah satu pekerjaan dan dia sangat profesional," kata Kurcharski.

Pemenang dua tahun berturut-turut Anugerah Pemain Terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu sudahpun meraih setiap gelaran yang ada sejak menyertai Bayern pada 2014.

Ini termasuk lapan trofi Bundesliga dengan jumlah keseluruhannya 10 selepas memenangi dua gelaran bersama bekas kelabnya Dortmund selain menjulang Liga Juara-Juara pada 2020.

Gergasi La Liga, Barcelona sedang mengejar Lewandowski, namun untuk melengkapkan perjanjian kedua-dua jagoan Eropah itu dalam isu pemain tersebut agak sukar untuk direalisasikan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun Barcelona dilaporkan akan melakukan bidaan terakhir untuk mengesahkan perpindahan dengan mengemukakan tawaran terakhir.

Gergasi Jerman itu yang menilai aset utama kelab tersebut pada 52 juta pound, menolak tawaran awal 30 juta pound ditambah tambahan 4 juta pound.

Penyerang itu tidak menyembunyikan perasaannya mengenai pemergian dari Allianz Arena bulan lalu: "Era saya di Bayern sudah berakhir.

"Saya tidak nampak sebarang kemungkinan untuk terus bermain untuk kelab ini. Bayern adalah kelab yang serius dan saya percaya mereka tidak akan mengekalkan saya, saya tidak mahu bermain di sana lagi. Perpindahan penyelesaian terbaik. Saya harap mereka jangan halang saya," katanya.

Sementara itu, pengendali Barcelona, Xavi berkata mengenai minat untuk penyerang itu pada Mei lalu. "Lewandowski adalah salah seorang pemain yang boleh datang kepada kami...

"Beliau sendiri sudah menyatakan perkara itu. Rundingan sedang dijalankan, tetapi ia tidak akan mudah, kita tidak boleh menghabiskan banyak wang," katanya.