Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan penurunan harga minyak mentah yang terus menjejaskan sentimen. - Gambar hiasan
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan penurunan harga minyak mentah yang terus menjejaskan sentimen. - Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan penurunan harga minyak mentah yang terus menjejaskan sentimen, kata penganalisis.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan merosot berbanding dolar AS kepada 4.4030/4060 daripada 4.4010/4045 pada Jumaat.

Penganalisis berkata, harga minyak telah menyusut pada Isnin berikutan pelabur berhati-hati ke atas eksport minyak dan gas Rusia yang mungkin berlaku susulan mesyuarat negara-negara Kumpulan Tujuh (G7).

Setakat ini, penanda aras minyak mentah Brent diniagakan pada AS$113.14 setong, dengan penyusutan 0.14 peratus.

Beliau turut menjangkakan USD/MYR (gandingan dolar AS-ringgit) kekal tidak stabil kerana kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemelesetan, menyebabkan peserta berpendirian defensif, seterusnya menjadikan permintaan lebih tinggi ke atas mata wang selamat.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Ringgit menokok berbanding pound Britain kepada 5.4064/4101 berbanding 5.4128/4171 pada Jumaat dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2564/2589 daripada 3.2590/2621 sebelum ini.

Bagaimanapun, ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1779/1805 daripada 3.1710/1740 dan jatuh berbanding euro kepada 4.6535/6567 daripada 4.6444/6481 pada Jumaat minggu lepas. - Bernama