Syed Saddiq menyesal masuk politik?

Syed Saddiq dalam program Bicara Minda yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan (KBS), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menjawab kemungkinan beliau menyesal menyertai politik.

Moderator Bicara Minda, Tan Sri Johan Jaafar bertanya sama ada Syed Saddiq berasa menyesal memasuki kancah politik setakat ini.

Namun beliau menjawab, "Eh tak ada. Selagi hati di tempat yang betul Insya-ALLAH semua berjalan lancar," katanya dalam program Bicara Minda bersama Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, sepanjang sekitar empat bulan menjawat sebagai menteri, beliau dapat melihat kepentingan bekerja rapat dengan kakitangan kementerian.

"Sepanjang lebih kurang empat bulan ini, paling mustahak untuk bekerjasama rapat dengan kakitangan kerajaan di KBS.

"Kita satu pasukan dan dilihat sebagai satu pasukan iaitu pasukan KBS. Jatuh bangun itu kita bersama-sama," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia