Sila log masuk terlebih dahulu.

Pemimpin Turkiye, NATO, Sweden, Finland bersidang di Madrid

Recep Tayyip Erdogan.- Foto fail AFP
Recep Tayyip Erdogan.- Foto fail AFP
A
A
A

ANKARA - Pemimpin Turkiye, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Sweden dan Finland akan mengadakan sidang kemuncak di Madrid minggu ini sebagai sebahagian daripada sidang kemuncak NATO, lapor Agensi Anadolu pada Ahad.

"Pada Selasa, atas permintaan Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg, sidang kemuncak itu akan diadakan di Madrid dengan penyertaan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

"Penyertaan kami dalam sidang kemuncak ini tidak bermakna kami akan mengubah pendirian kami," memetik jurucakap presiden Turkiye, Ibrahim Kalin.

Beliau berkata, setakat ini pegawai Turkiye telah mengadakan dua pertemuan dengan rakan sejawatan mereka dari Sweden dan Finland untuk membincangkan permohonan keahlian NATO kedua-dua negara.

Kalin berkata, beliau dan Timbalan Menteri Luar Turkiye Sedat Onal akan mengadakan lawatan rasmi ke Brussels pada Isnin untuk rundingan pusingan ketiga.

Rundingan pusingan keempat juga akan diadakan menjelang sidang kemuncak di Madrid.

Turkiye menjangkakan Sweden dan Finland mengambil pendirian yang jelas dan tidak berbelah bahagi terhadap kumpulan pengganas PKK/PYD/YPG dan gabungan itu, kata Kalin.

Sidang kemuncak NATO akan berlangsung dari Selasa hingga Khamis, dengan rundingan dijangka tertumpu kepada tindakan NATO berhubung perang di Ukraine serta petisyen Finland dan Sweden untuk menyertai perikatan itu.

Artikel Berkaitan:

Sidang kemuncak tahun ini mencatat sejarah tersendiri kerana perikatan itu akan menerima pakai konsep strategik baharu, dengan membentangkan tujuan dan rancangan NATO untuk masa akan datang.

Sweden, bersama-sama Finland, secara rasmi memohon menyertai NATO bulan lalu, suatu keputusan yang didorong akibat operasi ketenteraan Rusia terhadap Ukraine sejak 24 Februari. - Bernama