Pameran galeri di 'Sila Studio'

A
A
A
Produk seramik tanah liat yang dihasilkan oleh bekas pensyarah Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Shamsu Mohamad yang dipamerkan di Sila Studio di sini.

Minat dan kesungguhan telah mendorong, Shamsu membuka satu galeri pameran yang dinamakan ‘Sila Studio’ untuk menterjemahkan hasil karyanya.

Sila Studio membawa satu transformasi terhadap kegunaan tanah liat yang mampu menghasilkan objek kontemporari yang jarang dilihat dan dipamerkan.

Antara barangan yang dipamerkan di Sila Studio adalah bekas menyimpan barang, kasut, fridge magnet, pin tudung, hiasan rumah, pinggan mangkuk, cengkerang, sayur-mayur, perkakas dapur dan sebagainya.

Sila Studio yang terletak di Pusat Inkubator Kraftangan Balik Pulau dibuka untuk orang ramai pada 9 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad yang memerlukan temu janji terlebih dahulu.
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Hiasan dekorasi suasana perayaan

No Image Caption
GALERI

Permainan Wau LED

No Image Caption
GALERI

Nuzul Al-Quran

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Nuzul Quran