2,000 kes baharu Covid-19, satu kematian

Satu kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan jumlah keseluruhan terkini kematian pesakit wabak itu meningkat kepada 35,746 orang. Gambar hiasan.
Satu kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan jumlah keseluruhan terkini kematian pesakit wabak itu meningkat kepada 35,746 orang. Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 2,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di dalam negara pada Ahad menjadikan kes kumulatif penularan wabak itu kepada 4,518,936.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, tiga daripada keseluruhan kes baharu itu adalah kes import dengan kes aktif kini adalah sebanyak 28,151.

Sebanyak 27,025 individu atau 96.1 peratus pesakit Covid-19 sedang menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 13 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, seramai 1,802 pesakit mendapatkan rawatan di hospital dengan 31 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes pulih baharu Covid-19 yang dicatatkan pada Ahad ialah seramai 1,861 menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 4,492,767

Pada masa sama, satu kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan jumlah keseluruhan terkini kematian pesakit wabak itu meningkat kepada 35,746 orang.