Adun Bukit Besi terbabas elak lembu

Kenderaan dipandu Roslee berpusing beberapa kali sebelum terbalik.
Kenderaan dipandu Roslee berpusing beberapa kali sebelum terbalik.
A
A
A
DUNGUN - Adun Bukit Besi, Roslee Daud mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan apabila kenderaan dipandunya terbabas di KM20, Jalan Dungun-Bukit Besi, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.35 malam, beliau yang memandu pacuan empat roda cuba mengelak lembu yang secara tiba-tiba melintas jalan.

Keadaan itu menyebabkan kenderaannya berpusing beberapa kali sebelum terbalik.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah mengesahkan kejadian tersebut.

"Kenderaan jenis Mitshubishi Pajero yang dipandu hilang kawalan apabila beliau cuba mengelak lembu.

"Sewaktu kejadian, beliau dalam perjalanan dari Bukit Besi menuju ke Bandar Dungun.

"Penduduk setempat yang menyedari kejadian tersebut membantu beliau keluar dari tempat duduk pemandu sebelum menghubungi pihak polis," katanya.

Baharudin berkata, Roslee dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Dungun untuk rawatan dan dilaporkan stabil.

"Beliau mengalami kecederaan di tangan dan belakang badan.
Artikel Berkaitan:


"Setelah menerima rawatan, beliau dibenarkan pulang ke rumah kerana tidak mengalami kecederaan serius.

"Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati ketika memandu pada musim tengkujuh kerana banyak haiwan berkeliaran," katanya.