Kanak-kanak 11 tahun lemas ketika mandi di tali air

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas selepas mandi di tali air di Jalan Batu 10, Kampung Chengal Lempung, di sini pada petang Ahad.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas selepas mandi di tali air di Jalan Batu 10, Kampung Chengal Lempung, di sini pada petang Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas ketika mandi di tali air di Jalan Batu 10, Kampung Chengal Lempung, di sini pada petang Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, laporan berhubung kejadian tersebut diterima pada kira-kira jam 7.19 petang.

"Lima anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng, di sini, bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa telah ditemui oleh orang awam dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk tindakan lanjut.