Buku kisah hidup Tony Fernandes versi Bahasa Melayu dilancarkan hari ini

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes bersama bukunya merakamkan gambar sewaktu pelancaran buku berkenaan.- Foto SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes bersama bukunya merakamkan gambar sewaktu pelancaran buku berkenaan.- Foto SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Berhad, Tan Sri Tony Fernandes melancarkan buku pertamanya dalam versi Bahasa Melayu berjudul Terbang Tinggi yang diterbitkan oleh Alaf 21.

Beliau berharap orang ramai memperoleh inspirasi untuk memburu impian mereka dan tidak takut berdepan dengan kegagalan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes bersama Ketua Pegawai Eksekutif Karangkraf, Datuk Dr Husammuddkn Yaacub berucap sebelum pelancaran buku terbabit. - Foto SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.

"Buku saya bukan sahaja mengenai kejayaan, malah terdapat banyak kegagalan. Anda hanya ada satu hayat.

"Maksimumkannya kerana anda tidak pernah tahu bila hari terakhir anda," katanya pada majlis pelancaran buku itu sempena Pesta Buku Antarabangsa 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Hadir sama pada majlis tersebut Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Timbalan Pengerusinya, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Orang ramai boleh mendapatkan buku istimewa itu pada harga diskaun sebanyak 20 peratus sepanjang pesta itu berlangsung mulai semalam hingga 7 April ini.

Buku Terbang Tinggi akan dijual di semua kedai buku utama di seluruh negara bermula bulan depan.

Artikel Berkaitan:

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes bersama Ketua Pegawai Eksekutif Karangkraf, Datuk Dr Husammuddin Yaacub bergambar bersama sewaktu pelancaran buku berkenaan. - Foto SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Kisah menarik mengenai buku tersebut ialah tentang kehidupan Tony sejak dari zaman kanak-kanak, remaja sehingga berjaya menjadi seorang tokoh perniagaan yang berjaya serta disegani di dalam dan luar negara.

Dalam buku tersebut, beliau turut menceritakan tentang cita-citanya untuk menjadi seorang juruterbang, pemandu lumba kereta dan pemain bola sepak.

Selain itu, Tony turut berkongsi tentang rahsia kejayaan beliau dalam menerajui bisnes penerbangan, kelab bola sepak, dan dunia muzik yang boleh membuatkan pembaca teruja serta mendapat inspirasi.

Antara kisah menarik ialah tentang ibunya yang merupakan individu penting dalam perniagaan Tupperware di Malaysia dan bapanya seorang doktor yang begitu tegas dalam memastikan anaknya mendapat pendidikan.

Tony juga adalah individu penting yang membawa naik kumpulan nasyid terkemuka negara iaitu kumpulan Raihan yang berjaya membawa muzik Islamik ke seluruh pelusuk dunia.