Debaran Di Maria

Di Maria. - F oto PSG talk
Di Maria. - F oto PSG talk
A
A
A

PENYERANG sensasi Argentina, Angel Di Maria menanti penuh debar pengumuman mengenai senarai akhir pemain dipilih membarisi skuad Piala Dunia 2022 nanti.

Menurutnya, di bawah kendalian jurulatih, Lionel Scaloni beberapa pemain telahpun ‘dilepaskan’ skuad Albiceleste dalam usaha membentuk skuad yang benar-benar mantap ke Piala Dunia kali ini.

“Saya masih belum pasti mengenai peluang untuk beraksi di Piala Dunia kali ini kerana tidak beraksi pada aksi kelayakan Jun lalu.

“Yang saya tahu ketika ini, Lionel Messi telah pun ‘sah’ beraksi di Piala Dunia 2022 nanti.

“Oleh itu, saya menanti dengan penuh debar terhadap keputusan terakhir daripada pihak pengurusan untuk skuad Piala Dunia kali ini,” katanya.

Untuk rekod, gol tunggal Di Maria telah membantu Argentina muncul juara Copa America 2021 lalu dengan menewaskan Brazil 1-0 di Stadium Maracana, Rio de Janeiro musim panas lalu.

Bagaimanapun, situasi berkenaan dilihat masih gagal memikat pihak pengurusan pasukan bagi menyenaraikannya untuk ke Piala Dunia kelak.

Mengulas mengenai perkembangan terkininya, Di Maria berkata, dia masih belum membuat keputusan sama ada menyertai Juventus atau Barcelona setelah meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) baru-baru ini.

“Juventus dan Barcelona merupakan dua kelab gergasi yang begitu bersungguh-sungguh mahu mendapatkan khidmat saya.

“Apa pun, ketika ini saya hanya mahu meluangkan masa dengan keluarga sepuas-puasnya dan sebarang keputusan akan saya umumkan nanti,” katanya.