Lebih 16 juta individu dewasa terima dos penggalak

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 16,137,205 individu dewasa atau 68.6 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat Sabtu.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 23,012,251 atau 97.8 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,289,632 atau 99 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, 2,910,021 individu atau 93.5 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,998,844 atau 96.4 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, untuk populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, 1,744,485 individu atau 49.2 peratus kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 manakala 1,337,102 individu atau 37.7 peratus telah melengkapkan vaksinasi.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 10,645 dos diberikan meliputi 848 dos pertama, 9,113 dos kedua dan 684 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan sebanyak 71,214,563.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, tiada kematian dilaporkan pada Sabtu. - Bernama