‘Tidak mudah jayakan video dokumentari’

Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin (tiga dari kiri) dan Ketua Pengarang Kumpulan, Rozaid Rahman (empat dari kanan) bersama kru penerbitan dokumentari video Frontliners: Mati Hidup Semula yang memenangi Anugerah Emas HKM MPI-Petronas 2021 pada Jumaat.
Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin (tiga dari kiri) dan Ketua Pengarang Kumpulan, Rozaid Rahman (empat dari kanan) bersama kru penerbitan dokumentari video Frontliners: Mati Hidup Semula yang memenangi Anugerah Emas HKM MPI-Petronas 2021 pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Di sebalik kejayaan Sinar Harian memenangi Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) Institut Akhbar Malaysia (MPI)-Petronas 2021 bagi kategori Dokumentari Video Terbaik, kru penerbitan video Frontliners: Mati Hidup Semula akui berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang menjayakan laporan tersebut.

Pengarang Berita Premium Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, perjalanan dalam menghasilkan karya dokumentari itu tidak begitu mudah memandangkan proses penggambaran itu dilakukan ketika kes Covid-19 masih lagi tinggi di negara ini.

Zamri
Zamri

Ujar beliau, antara cabaran dalam penghasilan laporan dokumentari itu adalah dari segi proses mendapatkan kebenaran dan persetujuan daripada pihak kementerian dan frontliners untuk ditemu bual.

“Dalam menghasilkan video dokumentari yang terbaik dan lengkap, cabarannya kita perlu mencari frontliners dalam pelbagai skop tugasan.

“Apatah lagi pada 2021, kes Covid-19 masih lagi tinggi, jadi wartawan dan kru teknikal perlu berhati-hati sepanjang tugasan,” katanya kepada Sinar Ahad.

Pada Jumaat, Sinar Harian merangkul pemenang emas untuk HKM MPI-Petronas 2021 bagi kategori Dokumentari Video Terbaik menerusi laporan bertajuk Frontliners: Mati Hidup Semula.

Dalam pada itu, Ketua Unit Kandungan Sinar Premium, Nurul Riduan Nor Ashaha berkata, mereka telah membuat pelbagai persediaan rapi bagi memastikan tiada kekurangan dari segi video dan bahan penting sewaktu proses penggambaran berkenaan.

Nurul Riduan
Nurul Riduan

“Ketika itu, kita kena pastikan semua rekod rakaman video ada sebab masa itu, kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Alhamdulillah, walaupun pergerakan kita terbatas tetapi kita berjaya rancang dengan baik dan dapat menghasilkan video yang berkualiti serta memenangi hati juri,” ujarnya.

Sementara itu, wartawan Sinar Premium, Liza Mokhtar berkata, kemenangan Anugerah Emas pada Jumaat lalu itu menjadi pembakar semangat untuk mereka berusaha lebih gigih bagi mencapai kualiti dari segi kandungan serta teknikal dalam penghasilan video dokumentari.

Liza
Liza

“Sudah semestinya kami akan ‘post mortem’ segala kelemahan dan memasukkan lebih banyak elemen menarik untuk video akan datang.

"Kemenangan ini membuktikan kualiti karya video dokumentari Sinar Harian berdiri sama tinggi dengan video stesen penyiaran lain,” jelasnya.