Sila log masuk terlebih dahulu.

MSN, MSC senarai skuad negara ke Kejohanan Sepak Takraw Dunia

Aksi skuad negara ketika menentang pasukan Vietnam sempena Temasya Sukan SEA 2021. - Gambar hiasan
Aksi skuad negara ketika menentang pasukan Vietnam sempena Temasya Sukan SEA 2021. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) dan Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) menjalin kerjasama sulung bagi penyertaan skuad negara ke Kejohanan Sepak Takraw Dunia ‘The 35th King’s Cup’ di Bangkok, Thailand pada 24 hingga 31 Julai depan.

MSN dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah berkenaan dibuat berikutan menerima jemputan ke kejohanan tersebut daripada Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF), yang mengiktiraf MSC sebagai ahli gabungan badan induk itu ketika ini.

Sehubungan itu, senarai penyertaan skuad negara ke kejohanan berkenaan telah diadakan antara MSN dan MSC, melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bersama (JKK) pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat JKK dalam masa sama bersetuju menghantar 12 pemain bagi membentuk skuad lelaki negara bagi menyertai acara regu, berpasukan regu dan beregu.

"Seramai enam pemain wanita disenaraikan untuk acara regu, quadrant dan beregu, dengan kesemua pemain terpilih merupakan pemain dalam program latihan sepenuh masa di bawah kendalian MSN,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Mohd Rashidi Nordin dan Ahmad Supian Napiah dipilih selaku jurulatih bagi membimbing skuad lelaki manakala skuad wanita dikendalikan Ahmad Mohd Zin dan Sofix Nadzri. - Bernama

Artikel Berkaitan: