Sila log masuk terlebih dahulu.

Cadang lantik Isham Jalil Pengarah Komunikasi BN Selangor

Isham Jalil (kiri), Jamal
Isham Jalil (kiri), Jamal
A
A
A

SEKINCHAN - Barisan Nasional (BN) Selangor dalam perancangan melantik bekas Ketua Penerangannya, Isham Jalil untuk menjawat jawatan Pengarah Komunikasi BN di negeri ini.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, tiada istilah Isham digugurkan dalam kepimpinan BN di Selangor, cuma beliau bertukar portfolio.

"Kita berbincang ingin meletakkan Isham sebagai Pengarah Komunikasi BN Selangor selari dengan Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah di peringkat pusat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Sumbangan Prihatin UMNO Bahagian Sungai Besar kepada mangsa banjir kilat di Taman Ria Sekinchan di sini pada Sabtu.

Jamal mendedahkan, Isham sudah dimaklumkan mengenai perkara itu namun masih menunggu maklum balas daripada pemimpin tersebut.

"Kita mempunyai perancangan untuk menukar jawatan Isham daripada Ketua Penerangan BN Selangor kepada Pengarah Komunikasi BN negeri.

"Namun, surat yang menyatakan BN Selangor menamatkan khidmat Isham tular lebih awal daripada pelantikannya ke jawatan baharu," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, beliau yakin perkara itu dapat diselesaikan setelah Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar pulang dari tugasan rasmi di luar negara.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai pelantikan Isham sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Jamal berkata, pelantikan Isham sangat dialukan kerana beliau merupakan salah seorang tokoh berwibawa di negeri Selangor.

"Saya melihat ramai MKT dari negeri Selangor dan saya berterima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas kepercayaan beliau melantik Isham," katanya.

"Pelantikan seseorang individu dalam MKT bawah bidang kuasa Presiden yang dirasakan layak dan boleh membantu memberikan sumbangan kepada parti," ujarnya.