X

Kindly register in order to view this article
!

Maut langgar tembok jalan

Kereta mangsa remuk akibat pelanggaran itu. Foto: IPD Petaling Jaya
A
A

PETALING JAYA - Seorang pemandu kereta maut selepas kenderaannya terbabas dalam satu kejadian kemalangan yang berlaku di Jalan Lapangan Terbang Subang berhampiran stesen transit aliran ringan (LRT) Glenmarie awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, kemalangan sekitar jam 5.33 pagi itu membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dinaiki oleh empat individu yang bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab golf terkemuka.

Beliau berkata, menerusi siasatan awal, kenderaan tersebut dipercayai terbabas sebelum hilang kawalan sehingga melanggar tembok di sebelah kiri stesen LRT terbabit.

"Akibat pelanggaran itu, pemandu kereta terbabit berusia 31 tahun maut di tempat kejadian manakala tiga penumpang lain mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan selanjutnya," katanya.

Kereta mangsa dipercayai terbabas sehingga melanggar tembok berhampiran stesen LRT terbabit. Foto: IPD Petaling Jaya
Kereta mangsa dipercayai terbabas sehingga melanggar tembok berhampiran stesen LRT terbabit. Foto: IPD Petaling Jaya

Mengulas lanjut, Mohd Zani berkata, menerusi siasatan awal, pegawai penyiasat mendapati tiada sebarang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian.

Beliau berkata, buat masa ini, pihak polis masih belum mengetahui punca kematian mangsa dan proses bedah siasat akan dilakukan di PPUM selepas ini.

"Waris mangsa juga sudah dihubungi bagi proses pengecaman mayat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Tambah beliau, polis juga sedang giat mengesan saksi bebas bagi kejadian itu dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan balai terdekat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!