Sila log masuk terlebih dahulu.

Piala AFC: KDA tumbang di Bali

Antara aksi KDA menentang Bali United dalam perlawanan Kumpulan G Piala AFC di Stadium Kapten I Wayan Dipta pada Jumaat. - Foto Kedah Darul Aman FC
Antara aksi KDA menentang Bali United dalam perlawanan Kumpulan G Piala AFC di Stadium Kapten I Wayan Dipta pada Jumaat. - Foto Kedah Darul Aman FC
A
A
A

HASRAT Kedah Darul Aman FC (KDA) untuk menyingkap saingan Kumpulan G Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan keputusan positif tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada Bali United di Stadium Kapten I Wayan Dipta pada Jumaat.

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak yang bermula baik pada awal perlawanan terpaksa akur jaringan sendiri kapten KDA, Ronald Ngah pada minit ke-47 menyaksikan Sang Kenari ketinggalan 0-1 pada babak pertama.

Pelawat yang cuba bangkit mencari gol penyamaan pada babak kedua ternyata buntu apabila beberapa percubaan rangkaian serangan KDA gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.

Kesempatan itu dimanfaatkan kelab Liga 1 Indonesia kendalian Stefano Cugurra apabila Muhammad Rahmat melebarkan jaringan tuan rumah dengan gol pada minit ke-82' untuk tiga mata pertama Bali United.

Kemenangan tersebut menyaksikan Bali United kini mengungguli Kumpulan G dengan tiga mata sambil diekori rapat kelab Kemboja, Visakha FC yang menewaskan wakil Filipina, Kaya FC 2-1 pada perlawanan sebelum itu.

Artikel Berkaitan: