Sila log masuk terlebih dahulu.

JDT kembali terajui Liga Super, selepas belasah Selangor

Velazquez cuba melepasi kekangan pemain Selangor, Mukhairi Ajmal Mahadi pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat. - Foto Bernama
Velazquez cuba melepasi kekangan pemain Selangor, Mukhairi Ajmal Mahadi pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

PENYANDANG juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali merampas status pendahulu liga dengan gaya tersendiri apabila membelasah Selangor FC 5-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Jumaat.

Harimau Selatan kendalian Benjamin Mora bermula garang apabila terlebih dulu mengasak The Red Giants asuhan Michael Feichtenbeiner yang masih segar dengan kemenangan besar 7-0 ke atas Sarawak United di Stadium Petaling Jaya pada 19 Jun lalu.

Gol Bergson Da Silva seawal minit ketiga diikuti Fernando Forestieri (24') sebelum lencongan Leandro Velazquez menewaskan penjaga gol, Khairulazhan Khalid memastikan tuan rumah menuju ke bilik persalinan dengan kedudukan selesa 3-0 pada babak pertama.

The Red Giants yang cuba kembali bangkit pada babak kedua ternyata gagal menyaingi rangkaian jentera serangan dan pertahanan Harimau Selatan yang mendominasi rentak perlawanan.

Hasilnya Bergson sekali lagi mencetak gol keempat Harimau Selatan sekali gus gol kedua peribadi pada perlawanan itu apabila percubaan deras minit ke-54, gagal diselamatkan Khairulazhan yang tertampan bola ke gawang sendiri.

Anak buah Feichtenbeiner yang tidak mengalah akhirnya mengurangkan defisit apabila pemain gantian, Mohd Nor Hakim Hassan berjaya menewaskan penjaga gol, Farizal Marlias pada minit ke-82.

Bagaimanapun, kegembiraan Selangor tidak kekal lama apabila tandukan pemain gantian Harimau Selatan, Mahamadou Sumareh yang menyudahkan hantaran Safawi Rasid minit ke-92' melengkapkan pesta gol tuan rumah di laman sendiri.

Kemenangan besar itu menyaksikan JDT yang telah mengharungi tujuh perlawanan kembali merampas teraju liga daripada Sabah dengan 19 mata - berkelebihan satu mata mengatasi Sabah FC yang lebih satu perlawanan.

Artikel Berkaitan: