Isham Jalil dilantik ahli MKT UMNO, ganti Tajuddin

Mohd Puad melalui hantarannya mengucapkan tahniah kepada Isham Jalil dan turut berkongsi foto Isham mengangkat sumpah sempena pelantikan tersebut.
Mohd Puad melalui hantarannya mengucapkan tahniah kepada Isham Jalil dan turut berkongsi foto Isham mengangkat sumpah sempena pelantikan tersebut.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil dilantik sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dalam satu mesyuarat di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur malam ini.

Perkara tersebut dimaklumkan salah seorang ahli jawatankuasa tertinggi parti itu, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dengan ucapan tahniah di Facebook.

Beliau turut berkongsi foto Isham mengangkat sumpah sempena pelantikan tersebut.

Pada Khamis, media melaporkan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga merupakan Duta Besar Malaysia ke Indonesia telah digugurkan sebagai ahli MKT.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat menjelaskan bahawa pemecatan dilakukan kerana sikap Ahli Parlimen Pasri Salak itu yang didapati mengkritik parti menerusi kenyataan, ucapan dan ceramah dalam mesyuarat tertutup yang dihadirinya.