Simpan rokok, arak seludup di rumah

Anggota PPM Wilayah Tiga Tok Bali menunjukkan rokok seludup yang dirampas di Kampung Balai, Bachok, pada Jumaat.
Anggota PPM Wilayah Tiga Tok Bali menunjukkan rokok seludup yang dirampas di Kampung Balai, Bachok, pada Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU - Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga merampas 37 kotak rokok dan 300 kotak arak dianggarkan bernilai RM704,100 di Kampung Balai, Bachok, pada Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun melalui kenyataan pada Jumaat berkata, rampasan dilakukan melalui Op Landai/Op Kontraban.

Menurut beliau, pemeriksaan ke atas kotak terbabit mendapati, sebanyak 870,000 batang rokok dianggarkan bernilai RM652,500 manakala nilai arak ialah RM51,600.

"Polis turut menahan seorang lelaki yang juga penghuni rumah berkenaan untuk membantu siasatan," katanya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Operasi diketuai Pegawai Pemerintah Markas Taktikal Pasukan Polis Marin, Tok Bali Pasir Puteh Asisten Superintendan Nik Ali Nik Mat.