Sila log masuk terlebih dahulu.

Pistol, kereta suspek mati ditembak polis ditemui

Sepucuk pistol jenis Smith and Wesson ditemui dipercayai milik suspek. Foto PDRM
Sepucuk pistol jenis Smith and Wesson ditemui dipercayai milik suspek. Foto PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menemui sebuah kenderaan dipercayai digunakan ahli sindiket samun dan pecah rumah yang mati ditembak polis dalam kejadian berbalas tembakan di sebuah kondominium di Salak Selatan, pada 18 Jun lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, hasil risikan dan pemeriksaan, pihaknya menemui sebuah kereta jenis Toyota Estima berhampiran tempat kejadian sekitar jam 1.30 tengah hari pada Selasa.

"Hasil pemeriksaan, pihak polis menjumpai satu beg kitar semula di bawah tempat duduk pemandu yang mengandungi sepucuk pistol jenis Smith and Wesson, enam butir peluru hidup di dalam 'chamber' dan sebungkus sampul mengandungi tujuh butir peluru hidup.

"Berdasarkan maklumat risikan, pihak polis percaya senjata api tersebut adalah milik suspek yang mati ditembak," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Kenderaan jenis Toyota Estima dipercayai digunakan suspek sebelum kejadian berbalas tembakan ditemui berhampiran lokasi kejadian. Foto PDRM
Kenderaan jenis Toyota Estima dipercayai digunakan suspek sebelum kejadian berbalas tembakan ditemui berhampiran lokasi kejadian. Foto PDRM

Pada Isnin Sinar Harian melaporkan polis berjaya menumpaskan kumpulan yang disyaki bergiat aktif melakukan 15 kes jenayah samun dan pecah rumah selepas menahan lapan individu termasuk seorang wanita di sekitar Lembah Klang pada 18 Jun hingga 20 Jun lalu.

Seorang lagi anggota kumpulan itu maut dalam kejadian berbalas tembakan.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas sepucuk pistol semi automatik jenis CZ 75 Compact daripada salah seorang suspek yang ditahan.

Artikel Berkaitan:

Azmi berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan usaha mengesan saki baki sindiket sedang giat dijalankan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan Siasatan Jenayah di talian 0321460685 atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Hasni Hussin di talian 019-998 4444, atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999.