Isu Bukit Golan: Negara Arab mahu 'halang' keputusan Trump

Khemaies Jhinaoui
Khemaies Jhinaoui
A
A
A

TUNIS - TUNISIA. Tunisia memaklumkan ia akan menyelaras dengan negara Arab lain untuk menghalang sebarang keputusan provokasi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf 'kedaulatan' Israel ke atas Bukit Golan.

"Kami akan bekerja dengan negara Arab dan komuniti antarabangsa untuk mencegah sebarang akibat buruk daripada keputusan unilateral tersebut," kata Menteri Luar,. Khemaies Jhinaoui.

Sementara itu, jurucakap Liga Arab, Mahmoud Afifi berkata, blok terbabit akan cuba mengeluarkan pengisytiharan terhadap keputusan Trump itu yang mana pakar berharap ia bukan hanya sekadar mengutuk langkah itu.

Sebelum ini, pemimpin Arab hanya mengeluarkan kenyataan mengecam keputusan jutawan hartanah itu yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel tanpa melakukan sebarang tindakan.

Kebanyakan negara termasuk Iran, Rusia, Lubnan dan Palestin sebulat suara mengecam langkah Washington malah Kesatuan Eropah (EU) juga tidak mengiktiraf keputusan Trump itu.

Rabu lalu, mesyuarat di Majlis Keselamatan PBB (UNSC) menyaksikan 'pengasingan' AS berikutan negara anggota badan tersebut menolak pengiktirafan dibuat Trump ke atas Bukit Golan.

Selain itu, Syria berulang kali menegaskan kedaulatannya ke atas Bukit Golan yang diduduki Israel selepas Perang Enam Hari 1967. - Press TV

Artikel Berkaitan: