Lori terbalik semasa membelok

Seorang pengguna jalan raya sempat rakam kejadian lori tersebut terbalik ketika membelok di lampu isyarat Jalan Jakar.
Seorang pengguna jalan raya sempat rakam kejadian lori tersebut terbalik ketika membelok di lampu isyarat Jalan Jakar.
A
A
A

CHUKAI - Seorang pemandu lori berdepan detik cemas apabila lorinya terbalik ketika sedang membelok di simpang tiga lampu isyarat Jalan Jakar, berdekatan Pasar Raya Tunas Manja Kemaman.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang semalam itu, mangsa, Mohd Ahmadha Azzarudin Mat Jusoh, 22, terselamat.

Ketika kejadian, lori membawa muatan air mineral itu dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Pasar Raya Pantai Selamat, di sini, untuk menghantar bekalan air mineral berkenaan.

Detik cemas insiden berkenaan sempat dirakam seorang pengguna jalan raya yang kebetulan berada di belakang lori tersebut sebelum rakaman video kejadian itu tular di media sosial.

Menerusi rakaman berdurasi 29 saat itu, lori jenis Mitsubishi Canter itu yang dipandu perlahan dilihat hilang kawalan ketika sedang membelok ke simpang kanan lampu isyarat Jalan Jakar itu.



Lori yang terbalik mengiring di bahagian kiri menyelamatkan mangsa dari mengalami apa-apa kecederaan.

Lori berkenaan dilihat condong ke kiri sebelum terbalik mengiring sekali gus menggemparkan pengguna jalan raya di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan berkenaan.

"Kemalangan berlaku disebabkan terbabas sendiri semasa membelok ke simpang kanan dan tiba-tiba terbalik.

Artikel Berkaitan:

Ketika kejadian, jalan basah kerana hujan baharu sahaja reda," katanya.

Katanya, kejadian itu mengakibatkan lori itu mengalami kerosakan manakala mangsa yang tinggal di Rumah Kakitangan Ladang Cerul 3, Bandar Cerul, tidak mengalami apa-apa kecederaan.