Operasi cari Acap dihentikan

Hasron Nazri mengumumkan operasi pencarian Acap dihentikan, hari ini.
Hasron Nazri mengumumkan operasi pencarian Acap dihentikan, hari ini.
A
A
A

GOPENG - Operasi pencarian Mohammad Ashraf Hassan, 29, peserta larian Gopeng Ultra Trail yang dilakukan oleh pasukan penyelamat sejak tujuh hari lalu, secara rasminya dihentikan pada jam 1 petang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, lebih 700 pasukan mencari dan menyelamat (SAR) serta orang awam terlibat dalam pencarian membabitkan kawasan seluas 35km persegi meliputi kawasan Bukit Batu Putih hingga Plaza Tol Gopeng.

"Kawasan pencarian termasuk di sepanjang laluan sungai sepanjang 30km dari Kuala Razila hingga Sungai Kinta.

"Selain itu, pemeriksaan dilakukan di semua lokasi penginapan sekitar pekan Gopeng serta semakan dilakukan di hospital berhampiran termasuk di Ipoh," katanya dalam sidang media di Dewan Orang Ramai Kampung Pintu Padang di sini, hari ini.

Hasron Nazri menunjukkan papan lokasi pencarian yang dilakukan oleh pasukan SAR kepada Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.
Hasron Nazri menunjukkan papan lokasi pencarian yang dilakukan oleh pasukan SAR kepada Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kampar, Khairul Anwar Ramli dan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Yunus Abu.

Menurutnya, pusat kawalan tempat kejadian akan diaktifkan semula sekiranya mendapat maklumat lanjut atau petunjuk baharu.

"Petunjuk penemuan botol air di Bukit Ratteh disahkan bukan milik mangsa. Pasukan mencari menggunakan pelbagai teknik antaranya menggunakan dron dan pengesan logam.

Artikel Berkaitan:

"Mana-mana badan sukarela atau orang perseorangan yang ingin membuat pencarian adalah dibenarkan tetapi perlu dimaklumkan kepada Balai Polis Gopeng," katanya.