Bot tunda dikendali warga Indonesia ditahan

Maritim menahan sebuah bot tunda yang dikendalikan warga Indonesia tanpa kelulusan di Pulau Ketam, Selangor pada Khamis.
Maritim menahan sebuah bot tunda yang dikendalikan warga Indonesia tanpa kelulusan di Pulau Ketam, Selangor pada Khamis.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot tunda yang dikendalikan tanpa lesen oleh kru warga Indonesia di kedudukan 0.8 batu nautika tenggara Pulau Ketam, di sini pada Khamis.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim V Siva Kumar berkata, bot nelayan itu ditahan kira-kira jam 1.30 pagi oleh sepasukan anggota Maritim Selangor semasa rondaan rutin dan penguatkuasaan di sekitar perairan Selangor.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati bot tunda itu dikendalikan seorang nakhoda bersama seorang kru warga Indonesia.

"Nakhoda terbabit gagal mengemukakan dokumen kelayakan mengemudi bot selain nama mereka yang tiada dalam pendaftaran lesen.

"Kedua-dua warga Indonesia berusia 32 dan 47 tahun itu kemudian telah ditahan bersama rampasan bot tunda terbabit," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Maritim menahan sebuah bot tunda yang dikendalikan warga Indonesia tanpa kelulusan di Pulau Ketam, Selangor pada Khamis.
Maritim menahan sebuah bot tunda yang dikendalikan warga Indonesia tanpa kelulusan di Pulau Ketam, Selangor pada Khamis.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Ordinan Saudagar Perkapalan (MSO) 1952 kerana gagal mengemukakan kelayakan membawa bot dan nama nakhoda serta kru tiada dalam pendaftaran lesen.

Tegasnya, maritim memandang serius kesalahan dan sentiasa mengadakan operasi penguatkuasaan di laut dengan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu yang melakukan aktiviti jenayah di perairan negara.

"Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau talian kecemasan MERS 999 untuk tindakan segera," ujarnya.