'Hangus' RM8,000 gara-gara mahu lepaskan anak ditahan Kastam

Mohd Wazir Mohd Yusof
Mohd Wazir Mohd Yusof
A
A
A

KUANTAN - Seorang bapa kerugian RM8,000 selepas terpedaya dengan individu mandakwa dirinya mengenali seorang pegawai Kastam yang boleh melepaskan anaknya ditahan jabatan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, anak kepada mangsa yang berusia 49 tahun itu ditahan kerana dipercayai terbabit kes penyeludupan rokok, Isnin lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas rakannya memperkenalkan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Faris yang mempunyai 'orang dalam' di jabatan berkenaan dan dikatakan mampu melepaskan anak mangsa.

"Faris meminta RM8,000 untuk membebaskan anak mangsa dan mangsa pada mulanya menyerahkan wang berjumlah RM4,000 bersama anaknya lain di sebuah kedai makan pada Selasa lalu yang berjanji akan menguruskan proses berkenaan.

"Keesokan harinya, mangsa sekali lagi bersama kawan dan anaknya menyerahkan baki wang tunai berjumlah RM4000 kepada Faris di pejabat Kastam," katanya di sini, hari ini.

Wazir berkata, seleas wang diberikan, mangsa yang juga seorang pesara diminta menunggu kerana proses mengeluarkan anak mangsa memerlukan masa sekurang-kurang 30 minit.

"Selepas 30 minit, mangsa dan rakannya cuba menghubungi suspek tetapi gagal dan tidak dapat dihubungi. Mangsa periksa buku daftar pelawat di kaunter pertanyaan Kastam tapi didapati nama mangsa tiada dalam buku itu.

"Mangsa kemudian membuat laporan polis dan kita siasat kes ini di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Artikel Berkaitan: