X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Pasar raya, kedai runcit dikesan cuba sorok minyak masak botol

Norena (empat,kiri) ketika mengiringi Sulaiman menyantuni peniaga runcit di Pasar Awam Bachang, di sini, pada Jumaat.
A
A

MELAKA - Dianggarkan 20 premis termasuk pasar raya dan kedai runcit berada di bawah pemerhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka kerana dipercayai cuba menyorok minyak masak tulen botol bersubsidi.

Pengarahnya, Norena Jaafar, berkata, kesalahan itu dikesan selepas kerajaan mengumumkan subsidi minyak masak botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan.

Menurutnya, menerusi pemantauan di bawah Op Ayam, Telur dan Minyak Masak (Op ATM) yang dijalankan berjaya mengesan tindakan pengusaha premis yang mengawal bekalan minyak masak botol bagi mendapatkan keuntungan berganda selepas 1 Julai.

"Lebih 10 buah premis di daerah Melaka Tengah selebihnya di daerah Jasin dan Alor Gajah cuba mengawal jualan bekalan minyak masak tulen bagi pek kemasan botol 2kilogram (kg), 3kg dan 5kg," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sesi Walkabout Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali di Pasar Awam Bachang, di sini, pada Jumaat.

Norena
Norena

Mengulas lanjut, beliau percaya peniaga terbabit akan menjual semua bekalan yang dikumpul selepas 1 Julai ini pada harga jauh lebih mahal atau dua kali ganda berbanding harga yang dibeli mereka ketika ia masih bersubdisi.

"Contohnya sekarang harga minyak masak botol 1kg sekitar RM6 dan selepas dimansuhkan mereka dijangka akan menjual sehingga mencecah RM10," katanya.

Dalam perkembangan lain, Norena berkata, sepanjang awal tahun ini sebanyak 235 kes telah direkodkan dengan 161 daripadanya dikenakan tindakan di bawah perundangan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011).

Menurutnya, turut direkodkan 344 aduan termasuk 111 berkaitan harga, 93 aduan transaksi dalam talian, 77 aduan perkhidmatan mengelirukan, 20 aduan bengkel kenderaan bermotor, 15 aduan barang kawalan dan 21 aduan ketegori pelbagai.

"Selain itu 61 notis telah dikeluarkan kepada peniaga bagi mengesan sebarang kemungkinan pencatutan dilakukan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!