X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Espargaro azam cabar Quartararo

Espargaro - Foto Reuters
A
A

PELUMBA Sepanyol, Aleix Espargaro berazam mengungguli saingan Grand Prix (GP) Belanda di Litar TT Assen hujung minggu ini dalam usaha mengukuhkan kedudukan kejuaraan dunia musim 2022 bagi mencabar kedudukan pendahulu, Fabio Quartararo.

Menurut Espargaro, Quartararo yang masih segar dengan kejayaan di GP Jerman minggu lalu pastinya begitu bersemangat untuk meneruskan kejayaan berkenaan pada perlumbaan hujung minggu ini.

Bagaimanapun menurut Espargaro, pada masa sama dia perlu berwaspada dengan ancaman daripada Qaurtarao dalam perlumbaan berkenaan.

“Bagi saya, pungutan mata bukanlah masalah utama...Ia sekitar 30 mata cuma dia (Quartararo) sentiasa lebih pantas.

“Tetapi, jika dia ‘terjatuh’ atau mengalami kemalangan Ahad nanti dan saya menamatkan perlumbaan di tempat pertama atau kedua, saya akan mengumpul 10 mata sekali gus menjarakkan kedudukan antara kami.

“Oleh itu, saya perlu ‘lebih pantas’ daripadanya pada perlumbaan hujung minggu ini,” katanya.

Untuk rekod, Espargaro kini berada pada kedudukan kedua carta kejuaraan dunia dengan 138 mata berbanding Quartararo (172 mata).

Sementara itu Espargaro berharap krew teknikal dapat melakukan sesuatu bagi membantunya untuk memecut lebih pantas bagi menyaingi Quartararo.

Katanya, kejayaan mengatasi Quatararo akan memberikannya semangat tambahan untuk melakukan perkara sama pada perlumbaan-perlumbaan akan datang.

“Sebelum ini saya melihat dia (Quartararo) menang dengan mudah di GP Jerman. Oleh itu, saya perlu pastikan jentera saya mampu bergerak lebih pantas daripadanya kali ini,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!