Strategi kempen PRK Rantau simpan dalam poket: Mohamad

Calon BN, Datuk Sri Mohamad Hasan bersalaman bersama penyokong setelah proses penamaan calon bagi PRK DUN Rantau. -Foto Adam Amir Hamzah
Calon BN, Datuk Sri Mohamad Hasan bersalaman bersama penyokong setelah proses penamaan calon bagi PRK DUN Rantau. -Foto Adam Amir Hamzah
A
A
A

SEREMBAN - Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan masih berahsia corak kempen yang akan beliau gunakan pada PRK DUN Rantau kali ini.

Katanya, dengan mendedahkan strategi akan memberi ruang kepada calon parti lawan untuk menyerangnya dalam kempen yang disifatkan sebagai cabaran besar.

"Strategi kita simpan dalam poket dahulu. Tetapi apa yang penting adalah saya ingin berjumpa dengan seramai mungkin pengundi DUN Rantau.

"Sebagai ADUN selama tiga penggal (sejak 2004) kerana DUN Rantau 'personal touch' dengan pengundi adalah penting. Jadi, antara fokus utama saya selama tempoh kempen ini adalah bertemu dengan pengundi untuk yakinkan mereka agar pilih BN," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebaik selesai proses penamaan calon di SJK (C) Bandar Sri Sendayan, di sini, hari ini.

Calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan melambai tangan kepada penyokong pada hari penamaan calon bagi PRK DUN N27 Rantau di Pusat Penamaan Calon di pusat penamaan calon di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan hari ini. -Foto Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Streram dah tak lupa bawa pas SPR

Penamaan calon PRK DUN Rantau berlangsung pagi ini

Artikel Berkaitan:

Empat penjuru di DUN Rantau

Mohamad dalam sidang media semalam berkata, beliau akan berkempen dengan tema 'Team Tok Mat'.

Katanya, cara berkempen sebegitu lebih mendapat sambutan berbanding membawa nama parti.

DUN Rantau menyaksikan persaingan empat penjuru melibatkan calon BN, PH dan Bebas.

Seperti dijangka, BN mengekalkan calonnya dalam PRU14 lalu iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan manakala PH menampilkan Dr S Streram sebagai calon.

Sementara, dua orang calon Bebas turut memberikan saingan iaitu suri rumah, R Malar dan bekas pensyarah, Mohd Nor Yassin.

Calon-calon yang disahkan bertanding bagi PRK DUN N27 Rantau (dari kiri) Datuk Seri Mohamad Hasan (Barisan Nasional), Dr S. Streram (Pakatan Harapan), Mohd Nor Yassin (Bebas) dan R. Malarvizhi (Bebas) pada pengumuman calon di pusat penamaan calon di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan hari ini. -Foto Bernama