X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

4 penyelam warga asing hilang, syarikat bot didenda RM5,000

Laporan Sinar Harian pada 24 Jun 2022
A
A

JOHOR BAHRU - Pemilik resort dan bot penumpang yang terlibat dalam kejadian empat penyelam hilang di perairan Pulau Tokong, Mersing pada 6 April lalu didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Tinggi, pada Khamis.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, hukuman ke atas syarikat Winter Snow Sdn Bhd itu dibuat di bawah kaedah 12 Peraturan Bot 1953.

"Syarikat yang tidak diwakili peguam itu membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Rashida Baharom.

"Tertuduh didakwa beroperasi tanpa keanggotaan yang mencukupi sebagaimana disyaratkan oleh pegawai pelabuhan.

"Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Azlan Bohari," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Katanya, selepas kejadian tersebut, satu siasatan lanjut dilakukan ke atas pengusaha resort dan bot serta pengendali bagi mengenal pasti punca-punca kemalangan atau kecuaian yang berlaku.

Hasil siasatan lanjut katanya, mendapati semasa hari kejadian, bot tidak dikendalikan denagn kru yang mencukupi sebagaimana dikehendaki oleh pegawai pelabuhan di bawah Akta Perkapalan Saudagar 1952.

Pada 6 April lalu, empat penyelam warga asing dilaporkan hilang ketika membuat latihan selaman di perairan Tokong Sanggol dan tiga daripadanya ditemui selamat termasuk jurulatih selam.

Bagaimanapun seorang remaja lelaki yang merupakan seorang daripada anak mangsa yang terselamat itu tidak ditemukan sehingga kini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!