X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Banjir: 64 mangsa diarah berpindah

Pemindahan mangsa banjir di Jalan Perepat Teluk Panglima Garang, pada Jumaat.
A
A

KUALA LANGAT - Seramai 64 mangsa terdiri daripada 11 keluarga diarahkan berpindah dari rumah mereka susulan banjir melanda Jalan Perepat Teluk Panglima Garang, di sini pada Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, mangsa terdiri lima lelaki warga emas, 29 lelaki dan 21 perempuan dewasa serta tiga kanak-kanak perempuan dan lima kanak-kanak lelaki.

Menurutnya, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang ke lokasi banjir pada jam 7. 24 pagi bagi membantu memindahkan mangsa.

"Hujan lebat dan sistem perparitan tersumbat menyebabkan air naik hingga paras 0.5 meter.

"Bomba bertindak membawa mangsa keluar dari rumah ke jalan besar seterusnya menghantar mangsa ke rumah saudara terdekat dengan bantuan pihak polis," katanya dalam kenyataan. pada Jumaat.

Menurut Hafisham, tiada kematian atau mangsa cedera susulan kejadian banjir itu.

Selain itu katanya, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa terjejas dibuka setakat ini.

Tambahnya, setakat jam 12 tengah hari, banjir masih belum surut susulan peparitan tersumbat menyebabkan air tidak dapat mengalir keluar.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!