Netflix berhentikan lagi 300 pekerja

Bilangan pengguna Netflix semakin merosot antaranya ialah persaingan sengit dengan syarikat lain. - Foto AFP
Bilangan pengguna Netflix semakin merosot antaranya ialah persaingan sengit dengan syarikat lain. - Foto AFP
A
A
A

LOS ANGELES - Syarikat penerbitan dan langganan penstriman terkenal, Netflix mengumumkan memberhentikan 300 pekerja buat kali kedua pada Khamis.

Tindakan itu dibuat selepas kehilangan sejumlah pelanggan buat pertama kali dalam tempoh lebih sedekad.

Pemotongan itu adalah melibatkan empat peratus daripada pekerja syarikat itu, daripadanya ialah pekerja Amerika Syarikat (AS).

Sebelum ini, syarikat itu memberhentikan seramai 150 pekerja pada bulan lepas.

"Walaupun kami terus melabur dengan ketara dalam perniagaan, kami berjaya membuat pelarasan ini supaya kos kami berkembang sejajar dengan pertumbuhan hasil yang lebih perlahan,” kata Netflix dalam satu kenyataan.

Pada Februari lalu, Netflix telah kehilangan kira-kira 200,000 pelanggan di seluruh dunia pada permulaan tahun 2022.

Ia juga mengunjurkan penurunan sebanyak dua juta pengguna pada masa akan datang.

Syarikat itu menyalahkan kemerosotan pelanggan itu atas pelbagai faktor termasuk peningkatan persaingan, ekonomi, perang di Ukraine dan bilangan orang berkongsi akaun mereka dengan isi rumah tanpa perlu membuat pembayaran.

Netflix terkenal dengan penyiaran pelbagai jenis filem popular yang memerlukan penggunanya membuat pembayaran jika mahu menontonnya. - Agensi