Neymar tidak mahu tinggalkan Parc des Princes

Neymar - Foto Getty Images
Neymar - Foto Getty Images
A
A
A

PENYERANG sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Nyemar berikrar tidak mahu meninggalkan gergasi Ligue-1 itu, selagi tidak memenangi trofi Liga Juara-Juara.

Neymar belum puas beraksi di Parc des Princes sekiranya skuad Les Parisines itu gagal ke Liga Juara-Juara.

“Saya tidak akan tinggalkan kelab ini selagi ia belum beraksi di Liga Juara-Juara, dan kemudian memenanginya.

“Mungkin kenyataan ini dilihat sebagai perkara mustahil, tetapi saya yakin ia boleh berlaku suatu hari nanti sebagai satu ‘hadiah’ kepada PSG.

“Perkara ini juga sudah saya maklumkan kepada ejen saya, Waner Ribeiro dan dia tahu sejauh mana saya serius mahu memenangi Liga Juara-Juara bersama PSG,” katanya.

Untuk rekod, Neymar sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab terkemuka dunia setelah PSG memberikan bayangan untuk melepaskan pemain berusia 30 tahun itu.

Bagaimanapun, baru-baru ini Neymar menegaskan dia mahu terus beraksi di Parc des Princes dan membantu PSG untuk melakar kejayaan terutamanya dalam saingan Liga Juara-Juara.

Sementara itu Ribeiro menegaskan Neymar dilihat begitu bersemangat dengan hasratnya mahu membantu PSG memenangi trofi Liga Juara-Juara.

Malah katanya, pada kebiasaannya, Neymar tidak akan berhenti selagi sesuatu hasratnya masih belum tercapai.

“Ketika ini, Neymar dilihat begitu bermotivasi dan kali ini dia begitu bermotivasi untuk memenangi Liga Juara-Juara sebagai pemain PSG,” katanya