Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam

No Image Caption
A
A
A
Jambatan gantung sepanjang 210 meter dan pelantar konkrit pejalan kaki terdapat di Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam bagi pengunjung menikmati keindahan panorama hutan berkenaan.

Hutan itu merupakan sebuah hutan paya air tawar yang terletak di Daerah Seberang Perai Utara yang mempunyai keluasan lebih kurang 10 hektar.

Hutan yang dibahagikan kepada zon berdasarkan spesis dominannya iaitu nipah, putat, jejawi dan malabera itu menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya penggemar burung.

Hal ini kerana kawasan itu merupakan habitat pelbagai spesis burung dan juga tempat persinggahan burung hijrah.



Terdapat lebih daripada 150 burung telah ditemui di hutan ini.

Biasanya pada Oktober hingga Jun merupakan musim memerhati burung hijrah di Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam.

Bagi memudahkan pengunjung menikmati keindahan panorama alam sambil membuat pemerhatian terhadap spesies-spesies flora dan fauna, kemudahan pelantar pejalan kaki, pondok-pondok rehat, jambatan gantung, pelantar pemandangan, tandas dan dangau disediakan. 



Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang, beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang itu tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pengunjung yang mengunjungi kawasan berkenaan. - Foto Bernama
Artikel Disyorkan