X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Gambar hiasan.
A
A

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, menjelang laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia bagi Mei 2022 yang dijadual dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Jumaat, kata penganalisis.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4020/4050 berbanding dengan dolar AS daripada 4.4045/4075 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, IHP bagi Mei 2022 dijangka lebih tinggi iaitu pada tiga peratus dan menjadi petanda bahawa langkah normalisasi dasar monetari seterusnya mungkin dilaksanakan.

"Jika langkah itu diputuskan, mata wang tempatan akan disokong kerana prospek kadar dasar semalaman yang lebih tinggi akan membantu mengekalkan perbezaan kadar faedah dengan kadar AS pada tahap yang baik,” katanya.

Beliau juga berkata, kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi akan terus mendorong sentimen semasa.

"Oleh itu, permintaan untuk mata wang selamat seperti dolar AS akan kekal kukuh,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding dengan beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dengan dolar Singapura kepada 3.1653/1679 daripada 3.1682/1706 ketika ditutup pada Khamis dan naik berbanding euro kepada 4.6283/6314 daripada 4.6318/6349.

Ringgit bagaimanapun rendah berbanding dengan yen Jepun kepada 3.2583/2608 daripada 3.2534/2559 pada Khamis dan susut berbanding dengan pound British kepada 5.3907/3944 daripada 5.3722/3758. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!