Sila log masuk terlebih dahulu.

Pope perkukuh gawang Newcastle United

Nick Pope
Nick Pope
A
A
A

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United telah menandatangani kontrak penjaga gol Nick Pope dari kelab Liga Kejuaraan, Burnley selama empat tahun, kata kelab itu.

Newcastle dilaporkan membayar yuran dalam lingkungan 10 juta pound untuk khidmat pemain berusia 30 tahun itu, yang mempunyai baki kontrak setahun di Turf Moor.

Pope, yang menyertai The Clarets Burnley pada 2016, membuat 36 penampilan EPL dan mengekalkan sembilan rekod tanpa bolos musim lalu namun tidak dapat menghalang kelabnya daripada tersingkir ke divisyen tahap dua selepas menduduki tempat ke-18 saingan liga.

"Nick merupakan penjaga gol EPL yang luar biasa dan berstatus peringkat antarabangsa, jadi saya sangat gembira apabila dapat menambah kekuatan pasukan dibahagian yang sangat penting," kata pengurus The Magpies, Eddie Howe.

Pope yang memiliki lapan penampilan bersama England, akan bersaing dengan Martin Dubravka untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama The Magpies.

Newcastle United, yang dimiliki konsortium diketuai Arab Saudi pada Oktober lalu menduduki tempat ke-11 musim lepas.

Artikel Berkaitan: