Covid-19: 2,796 kes baharu, satu kematian direkod

Sebanyak 2,796 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 4,549,847 kes.
Sebanyak 2,796 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 4,549,847 kes.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 2,796 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 4,549,847 kes.

Berdasarkan portal CovidNow juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan satu kes kematian dilaporkan pada Khamis yang melibatkan kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) direkodkan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,742 orang daripada lebih 4.5 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Selain itu, sejumlah 27,318 kes aktif Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 26,253 atau 96.1 peratus individu dikuarantin di rumah, manakala 18 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,009 dimasukkan ke hospital.

Data itu juga menunjukkan sejumlah 38 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 21 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sejumlah 2,503 kes sembuh turut direkodkan pada Khamis, dengan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,486,787 kes.