[VIDEO] Rafidah saran gaji, elaun menteri dipotong

Rafidah menggesa Putrajaya membuat potongan gaji, elaun menteri sebagai empati bersama-sama kesusahan rakyat.
Rafidah menggesa Putrajaya membuat potongan gaji, elaun menteri sebagai empati bersama-sama kesusahan rakyat.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mencadangkan kerajaan mempertimbangkan pemotongan elaun dan gaji barisan menteri kabinet sebanyak 20 peratus dengan kadar segera.

Menurutnya, langkah itu wajib diutamakan kerajaan bagi menunjukkan sifat empati terhadap rakyat negara ini tatkala mereka sedang bergelut mendepani cabaran krisis ekonomi ‘bertindih’ yang semakin parah, bermula dengan pandemik Covid-19 disusuli implikasi konflik Rusia-Ukraine.

Katanya, kerajaan sedia ada sepatutnya mencontohi pendekatan kabinet kerajaan zaman dahulu yang menjadikan inisiatif pemotongan elaun menteri sebagai langkah penjimatan terawal sewaktu negara berdepan sebarang bentuk krisis.

Untuk berita penuh mengenai pendedahan eksklusif ini, layari portal Sinar Premium

No Image Caption