X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Polis lakukan siasatan menyeluruh kes kematian Nour Rania Asyifaa

Gambar hiasan
A
A

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia telah melengkapkan siasatan secara menyeluruh, berhubung kes kematian bayi perempuan Nour Rania Asyifaa Yuseri berusia 15 bulan, ketika di bawah jagaan sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan di sini, Februari lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ruslan Khalid berkata, siasatan merangkumi keterangan saksi mahupun teknikal, dengan penggunaan kaedah forensik serta khidmat pakar patalogi dan kimia.

"Kertas siasatan telah dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan Negeri Sembilan sehingga ke pihak Peguam Negara. Kes disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.

"Arahan telah diberi oleh pihak Peguam Negara supaya inkues diadakan untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Ruslan berkata kes untuk pendengaran inkues telah ditetapkan pada 29 Jun ini.

Media tempatan melaporkan isteri Pemangku Raja Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam menggesa kerajaan untuk menyiasat semula kes kematian ‘Baby Syifaa’. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!